Wednesday 11 January 2012

There is a light at the end of every tunnel! Just pray it’s not a train!! :)

Malam ni aku rasa down sangat2. Selama 2_  tahun ( sila isi ruang kosong dengan nombor kesukaan anda) aku hidup, terlalu banyak kegagalan yang aku temui. Aku buntu, dan aku masih mencari2 hala tuju hidupku.

Bagi aku, hidup aku sekarang,  hanya menyusahkan orang2  sekeliling aku. Dan aku harus berubah. Aku kena berusaha  dan buat yang terbaik untuk diri aku sendiri. Kadang kala aku rasa aku dah putus asa dengan hidup ni!..Pada mereka yang memandang aku ketawa, aku gembira. Tapi di dlm,aku sepi..dan masih mencari2 erti hidup ni.

Aku berharap, sempena tahun baru, akan membawa sinar baru dalam hidup aku. Umur semakin lama semakin meningkat, mata pun semakin rabun,rambut semakin kurang hitam hingga terpaksa dye. Dan sekarang umurku dah 2_ tahun, (sila isi ruang kosong dengan nombor kesukaan anda) aku masih tak punya apa2. Hidup aku masih kosong.

Tapi, aku tahu aku tak keseorangan, aku ada Dia. Hanya Dia yang mampu menyelesaikan semua masalah aku. Aku juga ada keluarga yang menyayangi walau sebusuk mana pun aku ni. Dan aku ada kau..wahai budak kecik. Aku tahu kau sentiasa ada diwaktu aku susah dan senang. Tapi banyak nya,bila aku susah la.. Aku harap kau faham kenapa aku marah kau malam tu,sebab hidup aku terlalu kusut, dan aku tak nak susahkan hidup kau lagi..

Malam ni.., aku perlu masa untuk bersendiri. .

Berfikir, dan mencari..

Semoga akan ada jalan keluar untuk semua ini..

Insya-Allah.Doakan aku.

Selamat malam dunia..

 " Busuk , aku nak kamu tahu aku sentiasa ada untuk kamu " - Budak Kecik