Tuesday 17 January 2012

Smile While U Still Have Teeth! :)

smile while u still  have teeth! :)


Setelah sekian lama, akhirnya aku diberi kekuatan untuk menyerahkan diri dan gigi ku kepada seorang doktor wanita untuk dinoda. Aku lupa bila kali terakhir gigi ku ini di scaling. Jadi, selama bertahun tahun yang aku lupa tempohnya, segala saki baki makanan, telah membiak dengan aktif dan girangnya di celah2 gigi ku hingga terhasil lah calculus yang berbagai warna.


Aku membuat temu janji dengan seorang doktor gigi wanita yang diragui status bujang nya pada pukul 9 pagi. Tapi apakan daya, tidak ku minta lahir begini..aku seorang melayu yang melayu. Tidak cukup melayu kalau aku tidak berjanji melayu. Aku terlewat bangun pagi itu dan akhirnya temujanji di tangguh kan ke pukul 2pm.


Perasaan apabila gigi anda discaling secara jujurnya adalah horrible sekali. Ok jika hendak dibuat analogi, bayangkan anda meletakkan gigi anda di dinding, kemudian anda seret gigi anda atas dan bawah. Bayangkan pun sudah terasa ngilu bukan? Sakit tu sikit-sikit je apabila gusi kau pun ditoron sekali tapi perasaan ngilu tu yang aku tak tahan. Memang menggelupur2 aku di atas kerusi bagaikan mangsa yang mahu dinoda oleh doktor wanita yang jelita.


Sesekali aku disuruh untuk meludah dan berkumur. Darah keluar dengan banyak nya.. dan sungguh malang kerana hari itu aku memakai baju berwarna putih. Seperti aku baru lepas melakukan pembunuhan pula bila mana darah terpercik2 di baju ku. Penyeksaan ke atas gigi ku berakhir kira2 selepas 15 minit. Perasaan sungguh lega dan gigi ku terasa sungguh lapang seperti pagar2 rumah kerana jarang dan ada ruang.


wajah gigi yang kacak selepas berjaya discaling.. :)


Sepatutnya jika anda seorang manusia normal yang sayangkan gigi anda tanpa perlu ditoron dengan kejam, scaling gigi ini harus dilakukan at least setahun sekali. Bukannya sehingga lupa kali terakhir gigi discaling seperti aku ini.

*auto published