Saturday 21 January 2012

Mari Belajar Sejarah Melaka


Mereka adalah pendekar2  tersohor yang menjadi kegilaan dan sering muncul dalam mimpi indah gadis2 ketika itu. Malang sekali mereka tiada akaun Facebook ,Twitter , Myspace, atau jauh sekali akaun Maybank. Kalau tak, mungkin fans mereka lebih banyak dari fanpage facebook Justin Bieber. Disebabkan aku adalah rakyat Melaka yang sejati, maka anda tanya lah aku apa saja tentang sejarah Melaka. Pasti aku dapat menjawab nya dengan cepat dan tepat tanpa perlu menggunakan sebarang enjin carian seperti Google dan sebagainya. 

Selepas bertahun2 anda tinggalkan dunia persekolahan, masih kah anda ingat akan nama penuh mereka, tarikh lahir mereka dan apakah nama isteri2 mereka? Jika tidak..Ayuh! Mari kita menguji tahap kecintaan anda pada tajuk sejarah Tahun 5 ini.


Jika Hang Tuah , Hang Jebat , Hang Lekiu , Hang Kasturi dan Hang Li Po (Eh?) sedang kebuntuan tidak tahu apa yang mahu mereka buat sempena cuti Chinese New Year, apakah aktiviti yang mereka akan lakukan?


..............................






.............................





..................................






...................................


They HANG OUT.

p/s : soalan ini tiada dalam UPSR yer adik2.

~ Happy Chinese New Year ~ :)

aku pendekar HangPeh..