Sunday, 19 February 2012

Peristiwa Yang Bertimpa-Timpa Menimpa


Setelah sekian lama aku menggangurkan diri, akhirnya rezeki datang menemui aku. Tapi bukan lah datang borgolek. Jadi, berakhirlah sebuah penderitaan aku sebagai seorang penganggur. Selepas ini  aku harus rajin bekerja seperti semut untuk merasakan manis di hari muka, pada masa yang sama, aku perlu berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam air sirap dan lemas. Eh? Aku bukan nak cerita pasal kisah semut yang rajin.

Oh ya..
Aku rasa tadi aku nak cerita pasal kerja. Aku rasa lah..
Berbalik pada topik asal sebelum aku melalut, aku sudah dapat kerja sebagai seorang assistant, driver merangkap despatch di syarikat tak payah la aku sebut nama syarikat nya.Yang penting kerja ku halal tanpa unsur meragukan walaupun bos aku adalah dari kaum berbeza agama dan tuhan yang disembah.


Aku bekas model Dashing tapi sebelum sempat audition,dah diundi keluar.


Setiap hari aku berulang alik Kota Damansara - Subang. Perjalanan dari KD memakan masa selama 30 minit jika menaiki kereta dikala jalan yang jammed nak arwah hingga membuatkan sifat mazmumah anda terserlah melalui kata2 carutan berbaur kesat, 15 minit jika membonceng motorsikal dan anda melanggar lampu merah disetiap trafic light disertai aksi cilok mencilok ( intonasi suara Acha Sepriasa) , dan paling cepat aku pernah sampai,dalam masa 10 minit melalui jalan belakang diluar tabii. Tapi jika menaiki roller blade, mungkin mencecah hingga 40 minit. Mula2 terasa jauh perjalanan hingga terasa nak pindah rumah baru je kat Subang, tapi alah tegal, sengal biasa. (Ayat karangan PMR)





Jadual hidup aku kian berubah, Setiap pagi aku harus bangun pukul 8.30pagi. Pekena Dunhill Light sebatang, Kemudian, Qada' subuh.( tipu). Gosok2 mata. Korek lubang hidung kanan. Kemudian lubang hidung kiri pula. Cubit nipple sendiri. Memang sakit. Nikmat sikit-sikit..Harus terus mandi, niat mandi wajib jika berlaku insiden tidak disengajakan dimalam harinya. Merenung air sejuk yang mengalir selama 5 minit. Kemudian mengigil2 keluar dari bilik air. Barulah terasa segar dan kehidupan pun bermula.


Kerja dah dapat,motor aku pula buat hal. Terpaksa aku meminjam motor bekas kekasihku untuk berulang alik ke tempat kerja. Motor aku mengalami tumpah darah ketika dalam perjalanan aku pulang ke kampung halaman ku di Melaka 2 minggu lepas. Dan ia dimasukkan ke klinik pakar sakit puan untuk rawatan. Itu adalah akibat dari kealpaan aku dalam menjaga harta benda.

semoga cepat sembuh sayang..


kejadian tumpah darah yang berlaku di RnR Seremban




Untuk permulaan, kerja aku ok2 sahaja. Cuma kadang kala aku akan jadi sesat barat sebab banyak jalan yang aku kurang familiar dan harus diterokai dengan gigihnya.Syarikat pula hanya membekalkan aku sebuah handphone Motorola yang tidak dapat dikenal pasti jenis model nya yang cuma ada sistem SMS dan CALL.Tidak dapatlah aku menghubungi Pakcik Google bagi mendapatkan Google Map.


Sudah nasib penunggang motorsikal, hujan yang turun bagaikan mutiara. Setiap kali balik kerja, baju ku basah lencun hingga menampakkan otot2 sasa yang tersembunyi. Aku malas nak berhenti di bawah jambatan ataupun memakai raincoat, kerana memakai raincoat membuatkan keyakinan diriku menurun. Sesungguhnya memakai raincoat itu tidak membuatkan diri anda bertambah kacak.hehehe..Baiklah2, aku sedar diri..Tapi percayalah, Tuhan itu Maha Adil, walaupun aku memiliki kekurangan di tubuh tetapi aku dianugerahkan kelebihan di wajah. Eh?

dalam usaha mengkacak kan tubuh badan..